12 November 2009

Perbalahan adalah ciptaan Allah - Ust Nik Abduh.






8 November 2009, Pongsu Seribu. "Perbalahan adalah ciptaan Allah", demikian antara intipati ucapan Y.Bhg Ust Nik Muhammad Abduh Bin Tn Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Latihan Perkaderan Dewan Pemuda PAS Pusat ketika menyampaikan pengisian bertajuk 'Tarbiyah; Mendepani Cabaran Memimpin Perubahan dalam program Ijtimak Pemuda PAS Negeri P.pinang kali ke-3 yang diadakan di Markaz Tarbiyah Negeri baru-baru ini.

Beliau turut menggariskan 4 isi utama dalam penyampaiannya iaitu:-

1. ADAB BERBALAH.

Berbalah adalah salah satu ciptaan Allah yang unik. Manusia akan sentiasa berbalah dalam apa jua perkara. Kerana itulah dituntut untuk diadakan mesyuarat @ perbincangan dengan tujuan supaya manusia dapat meluahkan pandangan masing-masing, berbalah/berbincang untuk mencari pandangan yang terbaik bagi menghasilkan keputusan mesyuarat. Setelah kesepakatan dicapai, maka tidak boleh lagi berbalah, bahkan dituntut supaya melaksanakan keputusan tersebut.

Hal ini dapat dilihat menerusi sirah Nabi SAW ketika Baginda bermesyuarat bersama sahabat-sahabat dalam peperangan Uhud. Walaupun keputusan yang diambil tidak selari dengan pendapat Baginda, tetapi Rasulullah menghormati keputusan mesyuarat dan melaksanakannya tanpa mempertikai keputusan tersebut.

Ini menunjukkan bahawa berbalah adalah dibolehkan dalam mesyuarat dengan tujuan mencari pendapat yang paling baik. Akan tetapi, setelah keputusan dicapai, maka kesemua ahli mesyuarat wajib melaksanakan keputusan mesyuarat tersebut. Jika ada pertikaian atau tidak puas hati, maka ianya perlu ditimbulkan dan diselesaikan dalam mesyuarat juga, tidak melalui cara lain seperti bersembang di kedai kopi, blog, sidang media dsb.

2. KEMENANGAN HANYA DARI ALLAH.

Kemenangan besar Pakatan rakyat dalam PRU12 Mac 2008, kalau hendak dinilai dari gerak-kerja, kita tidak akan menang. Akan tetapi Allah hendak mengajar kita bahawa KEMENANGAN HANYA DARI ALLAH, bukan diukur dari gerak-kerja semata-mata. Menang dari Allah, kalah juga dari Allah.

Sekali lagi Ust Nik Abduh mengambil contoh dari kisah Peperangan Uhud, apabila tentera Islam kalah kerana melanggar sunnah ketika melaksanakan sunnah yang lain.

Sunnah yang sedang dilaksanakan = berperang
Sunnah yang dilanggar = arahan Rasulullah supaya tidak meninggalkan bukit tempat pasukan pemanah.

Akibatnya, seramai 70 orang dari para sahabat telah syahid dalam peperangan Uhud ini.
70 orang ini bukan jumlah yang sedikit, kerana Nabi SAW mengishtiharkan bahawa sahabat-sahabtnya adalah umpama bintang. Hilang 70 bintang tidak sama dengan hilang 70 yang tidak bintang.

Angka sering menjadi nilaian manusia untuk mengukur menang atau kalah. Padahal ianya hanyalah suatu sistem ciptaan manusia. Menang kalah bukan semestinya hanya diukur dengan angka, tetapi mestilah mengambil kira adakah ianya diredhai Allah. Adakah dikira menang seorang yang tidak solat apabila dia berjaya menumbuk seorang sahabat yang menegurnya supaya solat?

3. PERJUANGAN; CEPAT @ LAMBAT?
(akan bersambung, ada sahabat lama datang ziarah)

No comments:

Post a Comment

Slot muhasabah