03 November 2009

TAHNIAH DPPK NIBONG TEBAL!!!

31 Oktober 2009 Nibong Tebal, Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Nibong Tebal adalah antara DPPK yang terawal melancarkan projek 'Jom Usrah' setelah ianya dilancarkan diperingkat negeri pada 16 Ogos 2009 yang lalu oleh Ust Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Program penuh bersejarah itu diadakan di Dewan Serbaguna Sg Bakap, telah rasmikan oleh Y.Bhg Ust Mohd Yusni b Md Piah (Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang) selain turut dihadiri oleh Sdr Helmi Harun selaku Ketua DPPK Nibong Tebal merangkap Timb. Ketua Pemuda Negeri P.Pinang dan pihak JTLK yang diwakili Pengarahnya sendiri Ust Mohd Raduan Ramli & Ust Afnan Hamimi Taib Azamudden selaku Timb. Pengarah.

Program yang dipengerusikan oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah DPPK Nibong Tebal Ust Zulazhar itu dihadiri oleh lebih kurang 30 orang wakil pemuda-pemuda cawangan seluruh Nibong Tebal.

Diakhir majlis tersebut, setiap wakil pemuda cawangan telah diserahkan Kit Jom Usrah sebagai simbolik pelancaran tersebut.

Semoga dengan pelancaran ini, program-program usrah & tarbiyah akan dipergiatkan lagi di peringkat kawasan.

Pihak JTLK mengucpkan tahniah kepada Lajnah Tarbiyah DPPK Nibong Tebal kerana telah berjaya menganjurkan program penuh bermakna ini. Mudah-mudahan ianya dinilai disisi Allah swt.

(dari kiri) Ust Mohd Raduan Ramli, Ust Mohd Yusni Md Piah & Sdr. Helmi Harun antara wakil exco DPPN yang hadir.

Sebahagian dari wakil pemuda-pemuda cawangan yang hadir sedang mendengar ucapan dari K.Pemuda Negeri, Ust Mohd Yusni Md Piah.

Ust Zulazhar selaku Pengerusi Lajnah Tarbiyah DPPK Nibong Tebal sedang mempengerusikan majlis.

Ust Yusni sedang memotong riben streamer Jom Usrah sebagai gimik pelancaran sambil diperhatikan oleh YDP PAS Kawasan Nibong Tebal & Ust Raduan.

Penyerahan Kit Jom Usrah kepada wakil pemuda cawangan.

No comments:

Post a Comment

Slot muhasabah