23 September 2009

20 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT KEMENANGAN!



Assalamua'laikum. Kami seluruh warga kerja Jabatan Tarbiyah & Latihan Kepimpinan DPPN P.Pinang mengucapkan Selamat Menyambut Eidilfitri 1430H kepada semua pelawat blog ini khususnya ahli 'Jom Usrah' di seluruh P.Pinang. Eidilfitri adalah kemenangan kepada hamba Allah yang berjaya menelusuri University of Ramadhan 1430H kali ini.


Mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat meningkatkan tarbiyah kita untuk berhadapan dengan musuh-musuh Allah terutamanya syaitan & nafsu kita.


Teruskan momentum kemenangan Ramadhan dalam Bagan Pinang 11 Oktober 2009 nanti.


Salam Eidilfitri dari kami;

Jabatan Tarbiyah & Latihan Kepimpinan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

16 September 2009

Pemergian Seorang Sahabat...


AFAH atau nama sebenarnya Ahmad farizan Abdul Hadi adalah merupakan Setiausaha Kerja Jabatan Tarbiyah & Latihan Kepimpinan DPPN P.Pinang.

Beliau sempat bersama JTLK lebih kurang 3 bulan sahaja sebelum beliau diberi rezeki oleh Allah untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar di Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut, Perak.

Berkelulusan Diploma Peng. Islam Usuluddin KUSZA & Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Univ. Al-Azhar, beliau yang masih bujang banyak memberikan khidmat & tenaga sepanjang menjawat jawatan SUK.

Pihak JTLK merasai suatu kehilangan apabila beliau terpaksa melepaskan amanahnya sebagai SUK untuk berhijrah ke Lumut dalam keadaan tergesa-gesa setelah dipanggil untuk lapor diri lebih kurang 2 minggu yang lalu.

Beliau yang pernah memikul amanah sebagai pimpinan tertinggi mahasiswa di kampus & berpengalaman luas dalam bidang perkaderan, didoakan agar terus thabat & istiqomah dalam perjuangan menegakkan Islam di muka bumi ini.

"Kalau enta balik ke Penang ni, janganlah lupa jengok kami. Bukan apa, tiba-tiba ja enta 'hilang', ada org bgtau enta dah pi Lumut. Tapi kut mana pun, kami ucap tahniah sebab dapat kerja tetap." - Ust Mat Taliban memberikan respon ketika diminta mengulas perkara ini.

" Kalau dapat kerja tak habaq, takpa lagi. Tapi kalau menikah pun tak habaq, siap la..." - Ust Afnan.

KENALI SAHABAT


Jejaka yang sedang berjogging ini adalah Ust Iimran bin Zainal Abidin. Beliau adalah salah seorang Ahli Jawatankuasa Jabatan Tarbiyah & Latihan Kepimpinan DPPN P.Pinang yang memegang portfolio Unit Penerbitan.

Beliau yang berkelulusan Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) KUSZA & Ijazah Sarjana Muda (Syariah) Al-Azhar, sekarang ini menjadi guru di salah sebuah sekolah menengah di P.Pinang.

Hasil perkongsian hidup dengan isterinya Ustzh Atiqah, mereka telah dianugerahkan Allah seorang puteri penyejuk hati diberi nama Sarah U'zma. Walaupun kini tugas beliau semakin bertambah sibuk, beliau tetap berusaha menjadi seorang ayah yang penyayang apabila sanggup bersengkang mata menjaga anaknya hingga lewat malam. Mudah-mudahan berjaya menjadi bapa mithali.

Sekiranya ada sahabat-sahabat yang ingin menyumbang artikel/tulisan untuk risalah bulanan Jab.Tarbiyah, bolehlah berhubung dengan beliau.

15 September 2009

Selamat Tingal Ramadhan

"Semoga ramadhan kali ini dapat memberikan kesan kepada agenda tarbiyah diri & jamaah. Laksanakanlah amanah kita sebagai AJK Tarbiyah dengan sebaiknya kerana ianya akan dipersoalkan Allah akhirat kelak." Ust Mohd Raduan Ramli, Pengarah Jab.Tarbiyah & Latihan Kepimpinan DPPN P.Pinang.

14 September 2009

Penerangan Kit Jom Usrah

Setiap Pengerusi Lajnah Tarbiyah hendaklah menggunakan Kit Jom Usrah tersebut dalam usrah/aktiviti Lajnah Tarbiyah DPPK. Laporan aktiviti bulanan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jabatan Tarbiyah setiap kali mesyuarat bulanan.
Harap maklum.

Setiausaha
Jabatan Tarbiyah & Latihan Kepimpinan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Tahniah kepada Jabatan Tarbiyah

Permatang Pauh 14 September 2009: Ustaz Mat Taliban atau nama sebenarnya Mohd Raduan Ramli, mengucapkan tahniah kepada Jabatan Tarbiyah & Latihan Perkaderan (JTLK) kerana berjaya menerbitkan blog ini buat julung-julung kalinya. Beliau mengharapkan agar dengan adanya blog ini, segala maklumat berkaitan aktiviti JTLK dapat disebarkan dengan cepat kepada semua pemuda di kawasan-kawasan.


"Ana tak mau dengaq alasan-alasan untuk tak buat kerja tarbiyah, melainkan alasan yang diterima Allah sahaja", tegas beliau dalam satu kenyataannya.

Sama-sama kita pikul amanah ini semampunya.