31 October 2009

Dengar sendiri dari Ust Idris Ahmad...


Sahabat-sahabat boleh mendengar sendiri dari mulut Ust Idris Ahmad (K.Penerangan PAS Pusat) tentang isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan sekarang dalam Ijtimak Gerak 01 pada:-

1 November 2009 Ahad
Mula jam 8.30pagi
Tempat di Markaz Tarbiyah Negeri Pongsu Seribu

Anjuran Lajnah Tarbiyah & Perkaderan
Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang
Sekian, harap maklum.

28 October 2009

Pelancaran 'Jom Usrah' DPPK Nibong Tebal

Dengan ini dimaklumkan bahawa DPPK Nibong Tebal akan mengadakan Majlis Pelancaran Jom Usrah seperti butiran berikut:-

Pelancaran Jom Usrah
31 Oktober 2009 / 12 Zulqaedah 1430H
Sabtu 7.00 mlm
PASTI Ibnu Sina, Sg Duri, Nibong Tebal.

Ceramah sempena pelancaran
Jam 9 mlm
Oleh : Tn. Hj Mohd Sabu (AJK PAS Pusat/Timb. P'jaya PAS P.Pinang)
dan Ust Hj Hassan Razak (Peg. Khas MB Kedah/YDP PAS Kulim Bandar Bharu)

Semua sahabat-sahabat dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

26 October 2009

BAJU RASMI DPPN P.PINANG


Mesyuarat DPPN P.Pinang pada 6 Sept 2009 telah bersetuju untuk mewujudkan Baju Rasmi DPPN supaya dipakai oleh semua Ahli Exco DPPN & Exco DPPK dalam setiap program / aktiviti rasmi.

Urusan untuk tempahan baju tersebut telah diamanahkan kepada Ust Afnan. Sila berhubung dengan beliau untuk makluman saiz, jumlah helai, & nama yg hendak dicetak pada baju tersebut dgn email kpd balingjr@yahoo.com. Kos untuk sehelai baju tersebut dianggarkan RM40.

Sekian untuk makluman.

20 October 2009

Mesyt Khas JTLK Malam Ini !

Kepada semua Ahli Jawatankuasa Jabatan Tarbiyah & Latihan Kepimpinan (JTLK), satu mesyuarat khas JTLK akan di adakan MALAM INI seperti butiran berikut:-

20 Oktober 2009 / Selasa
9.15 malam
SRIBU Taman Arowana

Agenda:-
1. Ijtimak Pemuda PAS Negeri P.Pinang
2. Mukhayyam Tarbawi
3. Lain-lain hal.

Kesanggupan kita memikul amanah tarbiyah adalah dinilai dengan komitmen kehadiran kita ke mesyuarat ini.

Terima kasih.

b/p
Setiausaha
Jabatan Tarbiyah & Latihan Kepimpinan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

14 October 2009

BEBERAPA KETETAPAN DALAM MESYUARAT SEMALAM..


Kepada sahabat-sahabat sekalian, berikut adalah beberapa ketetapan yang telah dibuat dalam Mesyuarat JTLK kali ke-6 yang berlangsung semalam (13/10/09):-

1. MAJLIS PELANCARAN JOM USRAH PERINGKAT DPPK

DPPK Bukit Mertajam (Ust Sulhy)
31 Oktober 2009 Sabtu

DPPK Nibong Tebal (Ust Zulazhar)
12 November 2009 Khamis

DPPK Bagan (Ust Azman)
14 November 2009 Sabtu

DPPK Batu Kawan (Ust Zulkhairi)
15 November 2009 Ahad

DPPK Permatang Pauh (Ust Raduan)
19 November 2009 Khamis

Jika terdapat sebarang perubahan, sahabat-sahabat perlu menghubungi pihak JTLK untuk pengesahan (confirmation).

2. MESYUARAT KHAS JTLK.

Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas pada:-
20 Oktober 2009 / 1 Zulkaedah 1430H
Selasa 8.59mlm
SRIBU Taman Arowana

Agenda:-
1. Ijtimak Pemuda P.Pinang (8 November 2009)
2. Mukhayyam Tarbawi (25 hingga 27 Disember 2009)
3. Lain-lain hal.
3. BORANG LAPORAN AKTIVITI & PERJALANAN USRAH.

Mesyuarat juga telah dimaklumkan bahawa setiap Pengerusi Lajnah Tarbiyah DPPK hendaklah melengkapkan borang-borang yang telah disediakan dalam Kit Jom Usrah terutamanya borang Laporan Usrah, Borang Laporan Aktiviti, serta Borang Kaji-selidik.

Sekian untuk makluman & tindakan Ahli Jawatankuasa JTLK.

b/p
Setiausaha
Jabatan Tarbiyah & Latihan Kepimpinan
DPPN P.Pinang.

Lagi Koleksi gambar Bagan Pinang

Ust Yusni sedang mengkaji sebab kekalahan PAS di Bagan Pinang sambil menikmati jamuan.
Bila dapat tau PAS tak menang, nasik pun makan tak lalu...

Bergambar kenangan sebelum pulang ke pangkal jalan.
(Dari kiri: Ust Afnan, Ust Shafirul, Ust Akmal, Ust Yusni, sahabat (tak sempat taaruf), Ust Mat Taliban & Hj Bahar)


Sedang dalam perjalanan pulang ke pangkal jalan...

Pemandu F1 yang belum tersenarai, elYusni en-Nikahe..

aik.. sampai kat pengundi dalam kubur pun pi kempen..???

Memang sah, rupanya 'depa' ni yang menangkan Isa Samad.


'Buraq' kami yang setia.


Pembantu setia kpd Hj Bahar, Pak Lah. Kalau ada PRK di Yugoslavia pun dia ikut..

13 October 2009

Majlis Jamuan Aidilfitri


Semua pengunjung blog ini terutamanya ahli Jom Usrah dijemput hadir ke majlis di atas.

Jom Usrah difahamkan pada tarikh tersebut (18 Oktober 2009), terdapat beberapa majlis yang sama turut diadakan:-

1. Majlis Jamuan Aidilfitri Kelab Remaja Lestari (KRL) - Dewan Permatang Pauh.

2. Majlis Jamuan Aidilfitri PAS Kawasan Permatang Pauh - 3.00pm hingga 5.00pm

3. Hari Keluarga & Jamuan Aidilfitri DPPK Permatang Pauh - 7.30pm - 10.30pm (tempat Pdg Mengkuang Titi)

4. Jambori Unit Amal DPPK P.Pauh

Kepada yang terlibat dengan semua majlis di atas, susunlah mengikut awlawiyyat masing-masing.

Selamat menjamu selera!

12 October 2009

SALAM BAGAN PINANG 2 (koleksi gambar)

Sedang mendengar taklimat di Penginapan Kontijen PAS Kelantan sebelum aktiviti kempen rumah ke rumah. Turut kelihatan, Ust Kamal Shaari & Ust Nasrudin Hassan Tantawi.

Petugas tempatan dari Jentera Pemuda N9 sedang memberi taklimat, sambil dikawal oleh Ust Raduan & Ust Shafirul. Ust Yusni hanya memantau.

Program Hi-Tea bersama Presiden PKR, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan) di UPU Sirusa. Kami ditugaskan untuk menyedia & mengendalikan PA sistem untuk majlis ini. Ust Raduan turut sama-sama membantu walaupun dalam keadaan 'melugai'.


Sdr. Rosli (Setiausaha Kerja Lajnah Tarbiyah BPPNPP) bersama sahabat dari Kwsn Bkt Mertajam telah menaikkan banner Kontijen PAS Pulau Pinang di rumah penginapan mereka.

Ust Yusni, macam biasa.. x boleh makan pedas. Ust Raduan boleh makan semua. Ketika ini, penulis terhidu bau haruman yang amat wangi dari Ust Yusni. Setelah diamati, didapati ianya adalah bau dari wangian 'One Drop' milik Ust Afnan yang dipakai oleh Ust Yusni. Sehingga artikel ini ditulis, minyak wangi tersebut masih belum dipulangkan oleh Ust Yusni.

Kenderaan rasmi Kontijen PAS P.Pinang, lori Hj Sapar.

Mudah-mudahan semangat Hj Sapar sehijau lorinya yang hijau ini.

Suasana meriah di dapur rumah penginapan Kontijen P.Pinang, sedang bertungkus-lumus menyediakan sajian untuk acara yang agak penting, mengisi perut.

Sahabat-sahabat begitu khusyuk mendengar celoteh Ust Yusni yang sangat berhasrat untuk meneruskan sunnah Nabi SAW iaitu kahwin dua. Beliau turut meminta sahabat-sahabat mendoakan agar hajatnya itu sejak sekian lama, termaqbul. Seingat penulis, ini adalah kali yg ke-57 Ust Yusni sebut tentang kahwin dua, sejak mula perjalanan dari SRIBU.


Bagus & tak bagus? Yg mana satu betul? Kena tanya Ust Yusni & Ust Shafirul.

Ust Khalid Man, Pengarah JPN P.Pinang sedang beramah-mesra dengan rombongan kami di rumah penginapan Kontijen PAS Pulau Pinang.

Program bersama pengundi di UPU Ladang Etethorn, dikendalikan oleh petugas Kontijen Perak & Muslimat Melaka.

Suasana gerai dihadapan Markaz Induk Bagan Pinang.


Pak Lah (DPPK K.Batas) sedang bercerita kisah kenderaannya yang rosak di Sg. Perak ketika dalam perjalanan ke Bagan Pinang.


Ust Yusni sedang bercerita tentang kisah 'Bini Dua' kepada sahabat-sahabat pemuda dari DPPK Bayan Baru. Turut kelihatan, Sdr. Zulfahmi Ketua Pemuda Bayan Baru.

Ketika mendengar taklimat khas di Markaz Induk disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Ust Nasrudin Hassan Tantawi berkenaan insiden keganasan pemuda UMNO dlm PRK kali ini.

Mengaminkan doa wehdah yang dibaca oleh Ust Ridhuan Mohd Nor.


Walaupun sibuk dengan urusan pilihanraya, para petugas tidak ketingglan untuk solat berjamaah di Markaz Induk Pemuda. Turut kelihatan, YB Ust Firdaus Jaafar, Pengarah Jab. Pilihanraya DPPP.


Letih sungguh nampak gaya, sampai habis sebotol air oren Ust Yusni minum sorang.


Berbincang dengan Sdr. Mazlan Aliman berkenaan strategi pilihanraya sambil diperhatikan oleh Hj. Bahar (berdiri 3 dari kiri)

10 October 2009

SALAM DARI BAGAN PINANG

Rombongan Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang telah bertolak menyahut panggilan jihad di PRK Bagan Pinang pada 8 Oktober 2009 Khamis yang lalu. Rombongan kumpulan pertama ini diwakili oleh 4 orang exco; Ketua Pemuda Y.Bhg Ust Mohd Yusni Mad Piah, Ust Mohd Shafirul Rozali, Ust Mohd Raduan Ramli (Mat Taliban) & Ust Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Bertolak sekitar jam 2ptg dari SRIBU Tmn Arowana, rombongan kami berhenti berehat di RnR Ulu Bernam untuk membuat pengisian perut... Ust Yusni dengan paksarela telah membiayai pemakanan kami dengan menu Nasi ayam kurang masin & kurang pedas kegemarannya.


Kami meneruskan perjalanan & tiba di Markaz Induk Pemuda N31 Bagan Pinang jam 7 ptg.

Selesai lapor diri pada Hj Bahar (Setiausaha Jab. P/Raya DPPP), kami ke Markaz Induk untuk membuat pengisian perut yang seterusnya. Menu kali ini, bihun sup.

Selesai mendengar taklimat dari K.Pemuda PAS Pusat Ust Nasrudin Hassan Tantawi, kami bersama pemuda-pemuda lain bergerak beramai-ramai ke Markaz Induk Dewan Ulamak untuk mengawal perjalanan ceramah di sana. Setelah itu, kami terus ke penginapan Kontijen PAS Pulau Pinang di Taman Politeknik Teluk Kemang untuk bermalam.


Pagi Jumaat 9/10/09, kami solat subuh berjamaah & tazkirah subuh oleh Ust Afnan. Slot taaruf diadakan sejurus selesai tazkirah dipengerusikan oleh Ust Yusni. Selesai taaruf, pengisian perut pertama untuk pagi Jumaat.. Menu, nasi goreng teluk kemang...

Setelah selesai agenda pengisian perut ini, Ust Yusni selaku K.Pemuda memulakan slot seterusnya iaitu acara lena sambil tidoq...

Bersambung siri 2..

07 October 2009

MESYUARAT AJK JTLK


Assalamua'laikum WBT.

Tarikh : 18 Syawwal 1430H / 7 Oktober 2009

Semua Ahli Jawatankuasa Jabatan Tarbiyah & Latihan Kepimpinan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang,
Semua Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan.

Tuan,

MAKLUMAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA JABATAN TARBIYAH & LATIHAN KEPIMPINAN DPPNPP

Merujuk perkara di atas, butiran mesyuarat adalah seperti berikut:-

Tarikh : 24 Syawwal 1430H / 13 Oktober 2009
Masa : 8.30 mlm (ditunda pd jam 9.30mlm)
Tempat : Surau SRIBU, Tmn Arowana
Agenda :-
1. Program 'Jom Usrah' (sila bawa kita Jom Usrah masing-masing).
2. Mukhayyam Tarbawi
3. Laporan Lajnah Tarbiyah DPPK (sila sediakan laporan bertulis untuk difailkan).
4. Lain-lain hal.

Untuk mengelak dari disoal Allah di Akhirat kelak, maka tuan DIWAJIBKAN hadir. Segala kerjasama yang diberikan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha,
Jabatan Tarbiyah & Latihan Kepimpinan,
Dewan Pemuda PAS negeri Pulau Pinang.