23 December 2009

NAK UJI KEHANDALAN ANDA? JOM PI MUKHAYYAM..

MENARIK, antara aktiviti yang akan peserta ikuti dalam Mukhayyam Pemuda 2009 kali ini, 'Combat War'.
Boleh hubungi Ust Mat Taliban untuk maklumat lanjut.
Rugi kalau tak pi!!!

Dengar Sendiri Dari YB Ust Hashim Jasin.

Dengar sendiri dari YB Ust Hashim Jasin tentang isu-isu semasa berkaitan tarbiyah dalam Mukhayyam Pemuda 2009 pada 25/12/09 Jumaat ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS serta Pesuruhjaya PAS Perlis adalah antara penceramah yang dijemput khas untuk membentangkan tajuk "Kewajipan Berjemaah, Ciri-ciri Jemaah Islam, dan Sejarah Ringkas PAS" dalam Mukhayyam Pemuda kali ini.

JANGAN KETINGGALAN!

20 December 2009

MUKHAYYAM PEMUDA 2009

Gambar Atas: Lokasi Mukhayyam, Lata Daun, Sg Tengas.

Semua kepimpinan Pemuda PAS Pulau Pinang diWAJIBKAN mengikuti Mukhayyam Pemuda 2009 seperti butiran berikut:-

Tarikh:-
25-27 Disember 2009
Jumaat - Ahad

Tempat:-
Lata Daun, Sg. Tengas, Kulim Bandar Bharu, Kedah.

Penglibatan:-
1. Semua EXCO DPPN
2. Semua EXCO DPPK
3. Semua AJK Lajnah DPPN
4. Semua AJK Lajnah DPPK
5. Semua AJK Pemuda Cawangan
6. Ahli-ahli pemuda yang komited

Antara aktiviti menarik:-
1. Pembentangan kertas kerja oleh tokoh-tokoh terkemuka PAS.
2. Futsal 'Bola Api'.
3. Kembara Mujahid.
4. Show Time.
5. Paintball
6. Permainan dalam kumpulan


Sahabat-sahabat dikehendaki menghubungi:-
1. Mana-mana AJK Jabatan Tarbiyah & Latihan Kepimpinan, atau;
2. Ketua Pemuda DPPK masing-masing. atau;
3. Ketua Lajnah Tarbiyah DPPK masing-masing.

Yuran Penyertaan:-
RM20 sahaja / seorang


06 December 2009

Koleksi Gambar Majlis Korban Perdana 1430H

'Team perut lembu' : tugas mereka ialah untuk memproses perut-perut lembu. Diketuai oleh Ust Mat Taliban dengan jayanya.

Sebahagian petugas pemuda sedang melapah daging lembu.

Sdr Helmi Harun (Timb. Ketua Pemuda PAS Negeri P.Pinang) sedang menunjukkan kemahiran menyiat kulit lembu. Jom Usrah difahamkan beliau telah melakukan latihan menyiat kulit selama 3 hari 3 malam dirumahnya sebelum ini.



Sdr Osman Jaafar (K.Penerangan DPPN) sedang mengagihkan daging kepada petugas-petugas yang hadir.

Aksi orang kenyang. (dari kiri : Cikgu Yas, Khusairi, Ust Zakaria)

Ha, potong..jangan tak potong..!!!

Sdr Dzulhelmi (K.Pemuda Bayan Baru) sedang menunjukkan kemahiran kungfu kapak.
Dipercayai ketika beliau sedang mengkapak tulang-tulang lembu ini, beliau sedang membayangkan wajah-wajah SB & polis yang menangkapnya ketika demo mansuh ISA Ogos lalu.

Kepala Lembu, antara objek yang pernah menjadi kontroversi.

Pakat-pakat tolong, tolong lapah, tolong pegang, tolong hiris, tolong tengok pun ada.


Memang sepadan tukang lapah dengan daging yang dilapah.


"Masa enta nak perebah lembu nanti, niatlah macam nak perebah UMNO". Demikian pesanan Ust Yusni ketika memberi motivasi menumbangkan lembu.

Ust Yusni adalah salah seorang tukang lapah profesional yang diundang khas. Beliau telah menyembelih 3 ekor lembu, 2 ekor lagi masing-masing telah disembelih oleh Ust Mat Taliban & Ust Zakaria Hamzah.

Sdr Sofi (K.Pemuda Batu Kawan) sedang sibuk memberi arahan mengagihkan bahagian-bahagian lembu korban kepada 35 orang peserta korban. Sebanyak 5 ekor lembu telah berjaya dikorbankan pada majlis ini.

Sdr Rizal (Pen. S/U DPPN) sedang membungkus daging untuk diagihkan kepada keseluruh kawasan di P.Pinang.

Kelihatan Ust Zakaria Hamzah sedang melapah paha lembu sambil dibantu oleh Sdr Akmal (SUK DPPN) & Sdr Sulaiman (Naib K.Pemuda Bkt Mertajam - berkopiah hitam).

Ust Mohd Yusni memberikan taklimat & taujihad tentang peristiwa Qurban Nabi Ibrahim A.S kepada lebih 150 orang petugas pemuda yang hadir.

Lebih 150 orng petugas pemuda yang hadir untuk menjayakan program Korban Perdana kali ini.

"Bila nak boleh mula makan ni, sembelih pun dak lagi. Perut duk nyanyi lagu hindustan dah..". Barangkali itulah bisikan hati Sdr Md Nor Harun (berkopiah merah - kiri sekali) ketika sedang mendengar celoteh dari Ust Yusni yang mengambil masa kira-kira 1,800 saat untuk memberikan taklimat.

Yang tolong perebah pun ramai, yang tolong tengok lagi ramai.

Suasana 'kehijauan' menyelubungi markaz Tarbiah PAS Pongsu Seribu. Semua petugas diberi t-shirt Korban Perdana secara percuma. Dimaklumkan t-shirt semua stock-out dalam masa 5 minit.

12 November 2009

Perbalahan adalah ciptaan Allah - Ust Nik Abduh.






8 November 2009, Pongsu Seribu. "Perbalahan adalah ciptaan Allah", demikian antara intipati ucapan Y.Bhg Ust Nik Muhammad Abduh Bin Tn Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Latihan Perkaderan Dewan Pemuda PAS Pusat ketika menyampaikan pengisian bertajuk 'Tarbiyah; Mendepani Cabaran Memimpin Perubahan dalam program Ijtimak Pemuda PAS Negeri P.pinang kali ke-3 yang diadakan di Markaz Tarbiyah Negeri baru-baru ini.

Beliau turut menggariskan 4 isi utama dalam penyampaiannya iaitu:-

1. ADAB BERBALAH.

Berbalah adalah salah satu ciptaan Allah yang unik. Manusia akan sentiasa berbalah dalam apa jua perkara. Kerana itulah dituntut untuk diadakan mesyuarat @ perbincangan dengan tujuan supaya manusia dapat meluahkan pandangan masing-masing, berbalah/berbincang untuk mencari pandangan yang terbaik bagi menghasilkan keputusan mesyuarat. Setelah kesepakatan dicapai, maka tidak boleh lagi berbalah, bahkan dituntut supaya melaksanakan keputusan tersebut.

Hal ini dapat dilihat menerusi sirah Nabi SAW ketika Baginda bermesyuarat bersama sahabat-sahabat dalam peperangan Uhud. Walaupun keputusan yang diambil tidak selari dengan pendapat Baginda, tetapi Rasulullah menghormati keputusan mesyuarat dan melaksanakannya tanpa mempertikai keputusan tersebut.

Ini menunjukkan bahawa berbalah adalah dibolehkan dalam mesyuarat dengan tujuan mencari pendapat yang paling baik. Akan tetapi, setelah keputusan dicapai, maka kesemua ahli mesyuarat wajib melaksanakan keputusan mesyuarat tersebut. Jika ada pertikaian atau tidak puas hati, maka ianya perlu ditimbulkan dan diselesaikan dalam mesyuarat juga, tidak melalui cara lain seperti bersembang di kedai kopi, blog, sidang media dsb.

2. KEMENANGAN HANYA DARI ALLAH.

Kemenangan besar Pakatan rakyat dalam PRU12 Mac 2008, kalau hendak dinilai dari gerak-kerja, kita tidak akan menang. Akan tetapi Allah hendak mengajar kita bahawa KEMENANGAN HANYA DARI ALLAH, bukan diukur dari gerak-kerja semata-mata. Menang dari Allah, kalah juga dari Allah.

Sekali lagi Ust Nik Abduh mengambil contoh dari kisah Peperangan Uhud, apabila tentera Islam kalah kerana melanggar sunnah ketika melaksanakan sunnah yang lain.

Sunnah yang sedang dilaksanakan = berperang
Sunnah yang dilanggar = arahan Rasulullah supaya tidak meninggalkan bukit tempat pasukan pemanah.

Akibatnya, seramai 70 orang dari para sahabat telah syahid dalam peperangan Uhud ini.
70 orang ini bukan jumlah yang sedikit, kerana Nabi SAW mengishtiharkan bahawa sahabat-sahabtnya adalah umpama bintang. Hilang 70 bintang tidak sama dengan hilang 70 yang tidak bintang.

Angka sering menjadi nilaian manusia untuk mengukur menang atau kalah. Padahal ianya hanyalah suatu sistem ciptaan manusia. Menang kalah bukan semestinya hanya diukur dengan angka, tetapi mestilah mengambil kira adakah ianya diredhai Allah. Adakah dikira menang seorang yang tidak solat apabila dia berjaya menumbuk seorang sahabat yang menegurnya supaya solat?

3. PERJUANGAN; CEPAT @ LAMBAT?
(akan bersambung, ada sahabat lama datang ziarah)

11 November 2009

PEMUDA-PEMUDAKU YANG 'PERKASA'. Koleksi gambar Ijtimak Pemuda ke-3.

Y.Bhg Ust Nik Muhammad Abduh sedang menyampaikan pembentangannya yang bertajuk 'Tarbiyah: Mendepani Cabaran Memimpin Perubahan'.

Lebih 60 orang pemuda mengikuti Ijtimak kali ini.

Ir. Haji Muhd Khairil Nizam Khairuddin selaku Pen. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat turut mengambil kesempatan memberikan taklimat berkaitan perjalanan aktiviti DPPP kepada para pemuda.

Sdr. Razak, salah seorang anggota Unit Amal Pulau Pinang yang mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke Himpunan Mansuh ISA beberapa bulan lalu diziarahi oleh Ust Nik Muhammad Abduh & Ir. Hj. Khairil ditemani Ust Yusni, Sdr Helmi Harun & Ust Afnan.

Ust Nik Muhammad Abduh menyampaikan sumbangan dari DPPN P.Pinang kepada Sdr. Razak. Diharapkan agar sumbangan yang tidak seberapa itu dapat meringankan beban yang ditanggung. Semoga Allah menyembuhkanmu.

06 November 2009

KUAT PAS @ PAS KUAT?


Pihak JTLK mengucapkan selamat berseminar kepada sahabat-sahabat EXCO DPPN yang akan bertolak ke Taman Melewar malam ini diketuai oleh Ketua Pemuda Negeri Ust Moh Yusni Mad Piah bagi mengikuti Seminar Memperkasa Parti yang akan diadakan esok 7 Nov 2009 8pg - 5ptg.

Seminar ini diadakan berikutan cadangan kontroversi Mursyidul Am PAS YAB Tn. Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya PAS mengadakan EGM (Muktamar Khas) hasil kekalahan teruk PAS dalam PRK Bagan Pinang.

Mudah-mudahan sahabat-sahabat tersebut akan lebih 'perkasa' untuk balik 'memperkasakan' Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

Mari kita lihat sedikit komen yang dipetik dari dokngangalagi.blogspot.com:-

Saya tertarik dengan tulisan seorang rakan kita di Kubang Pasu, semoga cacatanya memberikan sesuatu kepada peserta seminar nanti, kita ada kekuatan kita tersendiri, kekuatan itu tidak ada pada orang lain. anugerah kekuatan ini anugerah Allah kepada perjuangan Islam.. jangan sampai kita mendahulukan orang yang tidak pernah merasai kemanisan perjuangan ini menyentuh keyakinan kita pada pimpinan.. sayangilah perjuangan ini..selamat membaca


Seminar Politik Pas Pusat yang akan diadakan pada hari Sabtu, 7 November depan yang menghimpun seluruh kepimpinan parti semua peringkat adalah suatu tindakan pro aktif yang boleh menjadi medan perbincangan strategik parti bagi mengharungi cabaran di masa kini dan akan datang. Di samping pastinya ia juga sebagai landasan yang terbaik dalam usaha menyatupadukan kepimpinan dan ahli-ahli Pas serta memperkasakan tubuh badan Pas itu sendiri.

Namun disebalik kebaikan penganjuran program tersebut terdapat sedikit kepelikannya, apabila pihak penganjur mengundang orang luar yang telah membuat pengakuan secara terang bahawa dia bukan ‘orang parti’ untuk memberi ucapan maupun wacananya di program tersebut selama 30 minit. Orang yang dimaksudkan membuat pengakuan bahawa bukan ‘orang parti’ tersebut ialah Dr Abddul Aziz Bari.

Dalam kontesk Pas, siapakah Dr Abdul Aziz Baru ini ? Adakah dia seorang individu yang telah diberi tanggungjawab oleh parti ataupun pemimpin-pemimpin Pas tertentu untuk memberi pandangan dan mengkritik pemimpin tertinggi dan pemimpin kanan Pas secara sesuka hati. Kuasa kritikan yang ada kepadanya sehingga memperlekehkan Presiden Pas, di samping mengaitkan kekalahan Pas di Bagan Pinang adalah disebabkan oleh beberapa kepimpinan Pas yang lain.

Walaupun Pas secara prinsipnya mengalu-alukan serta mendukong konsep kebebasan bersuara kepada seluruh manusia termasuklah Dr Aziz Bari, namun apakah tindakan Dr Aziz Bari yang memperlekehkan kepimpinan Pas dengan hanya memberi hujah yang dangkal dan naïf melalui media massa boleh dipandang ringgan oleh ahli Pas yang berfikiran waras dan rasional. Sehinggakan kritikannya tersebut hampir mencetuskan krisis kepimpinan dalam Pas.

Di sini saya cuma nak menimbulkan persoalan kepada pihak penganjur apabila menjemput Dr Aziz Bari datang ke seminar untuk memberi pandangan maupun wacananya. Apapun alasan yang bakal diberikan oleh pihak penganjur, saya tetap mengatakan keterlibatan Dr Aziz di dalam seminar tersebut adalah tidak wajar dan sama sekali tidak diperlukan oleh Pas kerana ia bukan sahaja bukannya ‘orang parti’ tetapi secara jelas ia bersikap negative kepada beberapa kepimpinan Pas termasuklah Presiden dan Timbalan Presiden Pas.Perlekehannya ke atas Presiden Pas, saya kira cukup mendukacitakan ahli-ahli Pas kecuali bagi mereka-mereka tertentu yang mungkin mahukan Dr Aziz Bari ataupun pihak luar berbuat begitu kepada Presiden Pas. Ahli Pas yang rasional saya yakin ia amat tersentuh dengan perbuatannya itu.

Oleh itu, saya juga beranggapan bahawa kesediaan pihak penganjur mengundang Dr Aziz Bari adalah suatu kesilapan besar serta berpotensi menimbulkan masalah baru kepada Pas di masa depan.Perlu diingatkan kepada pihak penganjur bahawa Pas tidak perlu kepada wacana ataupun kritikan dari ‘orang bukan parti’ seperti Dr Aziz Bari terhadap kepimpinannya kerana ahli-ahli Pas sendiri mampu untuk memikir dan menilai kepimpinannya sendiri.

Dalam sejarah Pas, belum pernah berlaku ‘orang bukan parti’ begitu berkuasa dalam memberi pandangan dan teguran kepada Pas sehinggakan menyebabkan Mursyidul Am Pas melenting dan hampir- hampir mencetuskan krisis kepimpinan serta perpecahan dalam parti.Nampaknya, kritikan dan perlekehan terhadap Presiden Pas dan pemimpin kanan Pas lain yang dilakukan oleh Dr Aziz Bari begitu berkuasa sekali sehinggakan ia diajak sama turut serta dalam seminar politik Pas pada Sabtu ini. Mungkinkah seminar politik ini nanti memberi kesempatan kepadanya untuk memperlekehkan pemimpin Pas di depan para peserta yang terdirin kepimpinan Pas dari seluruh negara.

Akhirnya, pihak penganjur sewajarnya membatalkan undangan tersebut, sebaliknya mengundang tokoh-tokoh dan kepimpinan PAS itu sendiri di dalam memberi pandangan maupun kritikan di atas apa jua isu di dalam seminar politik yang akan diadakan tersebut.

Biarlah tokoh dan pemimpin Pas sahaja yang memberi pandangan mereka, barulah pengisian seminar tersebut benar-benar menghasilkan suatu perbincangan dan keputusan yang tulen dan memenuhi matlamat ia diadakan.

Oleh Bashir Hj Ismail
Ahli PAS Kubang Pasu
Adakah kita kuat PAS? Atau PAS yang kuat?
Fikirkan...

04 November 2009

Disebalik kalam Tuan Guru: Apa kata Ust Nik Abduh

Jabatan Tarbiyah & Latihan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang seperti mana lazimnya akan mengadakan Ijtimak Pemuda PAS Pulau Pinang kali yang ke-3 seperti butiran berikut:-

8 November 2009 / Ahad
Markaz Tarbiyah PAS Negeri Pulau Pinang, Pongsu Seribu.
Pembentang : Y.Bhg Ust Nik Mohd Abduh b Tn Guru Dato' Nik Abdul Aziz
Yuran : RM7 (setiap seorang)
Semua DPPK diminta untuk mengosongkan tarikh tersebut dan memberi komitmen hadir ke Ijtimak tersebut.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Harap maklum.

b/p
Setiausaha
Jabatan Tarbiyah & Latihan Kepimpinan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

03 November 2009

"Kita mestilah boleh dikritik, sebab kita ahli politik, kita bukan botol plastik" - Ust Idris Ahmad

1 November 2009 Pongsu Seribu, " Kita mestilah boleh dikritik, sebab kita ahli politik, kita bukan botol plastik". Itulah buah yang berbisa dilontarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Y.Bhg Ust Idris Hj Ahmad ketika beliau membentangkan kertas kerja dalam program Ijtimak GERAK 01 anjuran Lajnah Tarbiyah & Latihan Perkaderan (LTP) Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang baru-baru ini.

Ust Idris Ahmad membentangkan kertas kerjanya 'Usrah & Kepentingannya' turut mengingatkan kepada semua peserta bahawa tarbiyah adalah tunjang utama sesebuah gerakan Islam dan Usrah adalah nadinya.

Beliau turut menjelaskan bahawa ahli PAS yang terdiri dari berbagai latar-belakang dan fikrah hendaklah bersedia untuk mengikuti acuan tarbiyah yang telah disediakan oleh PAS dan meneruskan kelangsungan tarbiyah tersebut dalam segenap aspek jemaah.

Pembentangan yang memakan masa selama 2 jam setengah itu sangat mendapat respon yang menggalakkan apabila hampir 15 orang peserta bertanyakan pelbagai soalan. Isu berkaitan EGM dan kebijaksanaan pemimpin PAS menghadapi media adalah antara soalan 'panas' yang diajukan bertubi-tubi. Kesemua soalan tersebut dijawab oleh beliau dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Hasil dari semangat spontan yang ditunjukkan oleh hampir 200 orang peserta, sebanyak RM 572.00 berjaya dikumpul hasil dari derma kilat yang dilancarkan untuk mengisi tabung dana program LTP.

Program yang julung-julung kali diadakan itu diakhiri dengan solat hajat yang diimamkan oleh Ust Fauzi Yusof selaku Timb. Pengerusi Lajnah Tarbiyah BPPNPP, memohon kepada Allah agar diselamatkan dari ujian getir yang melanda jamaah ketika ini.

Peserta yang hadir sedang tekun mendengar pembentangan Ust Idris Ahmad

Peserta muslimat turut memberi komitmen kehadiran yang luar jangka.

Serius & tegas. Itulah gaya Ust Idris ketika menekankan pentingnya usrah dijalankan diperingkat ahli walaupun hanya sekadar 'Majlis Baca Yasin'.

"Sekali lagi hangpa panggil aku mai, aku nak tengok usrah di tempat hangpa berjalan". Itulah 'amaran' tarbiyah yang diberikan Ust Idris untuk kami bawa pulang ke kawasan masing-masing.

TAHNIAH DPPK NIBONG TEBAL!!!

31 Oktober 2009 Nibong Tebal, Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Nibong Tebal adalah antara DPPK yang terawal melancarkan projek 'Jom Usrah' setelah ianya dilancarkan diperingkat negeri pada 16 Ogos 2009 yang lalu oleh Ust Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Program penuh bersejarah itu diadakan di Dewan Serbaguna Sg Bakap, telah rasmikan oleh Y.Bhg Ust Mohd Yusni b Md Piah (Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang) selain turut dihadiri oleh Sdr Helmi Harun selaku Ketua DPPK Nibong Tebal merangkap Timb. Ketua Pemuda Negeri P.Pinang dan pihak JTLK yang diwakili Pengarahnya sendiri Ust Mohd Raduan Ramli & Ust Afnan Hamimi Taib Azamudden selaku Timb. Pengarah.

Program yang dipengerusikan oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah DPPK Nibong Tebal Ust Zulazhar itu dihadiri oleh lebih kurang 30 orang wakil pemuda-pemuda cawangan seluruh Nibong Tebal.

Diakhir majlis tersebut, setiap wakil pemuda cawangan telah diserahkan Kit Jom Usrah sebagai simbolik pelancaran tersebut.

Semoga dengan pelancaran ini, program-program usrah & tarbiyah akan dipergiatkan lagi di peringkat kawasan.

Pihak JTLK mengucpkan tahniah kepada Lajnah Tarbiyah DPPK Nibong Tebal kerana telah berjaya menganjurkan program penuh bermakna ini. Mudah-mudahan ianya dinilai disisi Allah swt.

(dari kiri) Ust Mohd Raduan Ramli, Ust Mohd Yusni Md Piah & Sdr. Helmi Harun antara wakil exco DPPN yang hadir.

Sebahagian dari wakil pemuda-pemuda cawangan yang hadir sedang mendengar ucapan dari K.Pemuda Negeri, Ust Mohd Yusni Md Piah.

Ust Zulazhar selaku Pengerusi Lajnah Tarbiyah DPPK Nibong Tebal sedang mempengerusikan majlis.

Ust Yusni sedang memotong riben streamer Jom Usrah sebagai gimik pelancaran sambil diperhatikan oleh YDP PAS Kawasan Nibong Tebal & Ust Raduan.

Penyerahan Kit Jom Usrah kepada wakil pemuda cawangan.

31 October 2009

Dengar sendiri dari Ust Idris Ahmad...


Sahabat-sahabat boleh mendengar sendiri dari mulut Ust Idris Ahmad (K.Penerangan PAS Pusat) tentang isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan sekarang dalam Ijtimak Gerak 01 pada:-

1 November 2009 Ahad
Mula jam 8.30pagi
Tempat di Markaz Tarbiyah Negeri Pongsu Seribu

Anjuran Lajnah Tarbiyah & Perkaderan
Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang
Sekian, harap maklum.

28 October 2009

Pelancaran 'Jom Usrah' DPPK Nibong Tebal

Dengan ini dimaklumkan bahawa DPPK Nibong Tebal akan mengadakan Majlis Pelancaran Jom Usrah seperti butiran berikut:-

Pelancaran Jom Usrah
31 Oktober 2009 / 12 Zulqaedah 1430H
Sabtu 7.00 mlm
PASTI Ibnu Sina, Sg Duri, Nibong Tebal.

Ceramah sempena pelancaran
Jam 9 mlm
Oleh : Tn. Hj Mohd Sabu (AJK PAS Pusat/Timb. P'jaya PAS P.Pinang)
dan Ust Hj Hassan Razak (Peg. Khas MB Kedah/YDP PAS Kulim Bandar Bharu)

Semua sahabat-sahabat dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

26 October 2009

BAJU RASMI DPPN P.PINANG


Mesyuarat DPPN P.Pinang pada 6 Sept 2009 telah bersetuju untuk mewujudkan Baju Rasmi DPPN supaya dipakai oleh semua Ahli Exco DPPN & Exco DPPK dalam setiap program / aktiviti rasmi.

Urusan untuk tempahan baju tersebut telah diamanahkan kepada Ust Afnan. Sila berhubung dengan beliau untuk makluman saiz, jumlah helai, & nama yg hendak dicetak pada baju tersebut dgn email kpd balingjr@yahoo.com. Kos untuk sehelai baju tersebut dianggarkan RM40.

Sekian untuk makluman.

20 October 2009

Mesyt Khas JTLK Malam Ini !

Kepada semua Ahli Jawatankuasa Jabatan Tarbiyah & Latihan Kepimpinan (JTLK), satu mesyuarat khas JTLK akan di adakan MALAM INI seperti butiran berikut:-

20 Oktober 2009 / Selasa
9.15 malam
SRIBU Taman Arowana

Agenda:-
1. Ijtimak Pemuda PAS Negeri P.Pinang
2. Mukhayyam Tarbawi
3. Lain-lain hal.

Kesanggupan kita memikul amanah tarbiyah adalah dinilai dengan komitmen kehadiran kita ke mesyuarat ini.

Terima kasih.

b/p
Setiausaha
Jabatan Tarbiyah & Latihan Kepimpinan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

14 October 2009

BEBERAPA KETETAPAN DALAM MESYUARAT SEMALAM..


Kepada sahabat-sahabat sekalian, berikut adalah beberapa ketetapan yang telah dibuat dalam Mesyuarat JTLK kali ke-6 yang berlangsung semalam (13/10/09):-

1. MAJLIS PELANCARAN JOM USRAH PERINGKAT DPPK

DPPK Bukit Mertajam (Ust Sulhy)
31 Oktober 2009 Sabtu

DPPK Nibong Tebal (Ust Zulazhar)
12 November 2009 Khamis

DPPK Bagan (Ust Azman)
14 November 2009 Sabtu

DPPK Batu Kawan (Ust Zulkhairi)
15 November 2009 Ahad

DPPK Permatang Pauh (Ust Raduan)
19 November 2009 Khamis

Jika terdapat sebarang perubahan, sahabat-sahabat perlu menghubungi pihak JTLK untuk pengesahan (confirmation).

2. MESYUARAT KHAS JTLK.

Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas pada:-
20 Oktober 2009 / 1 Zulkaedah 1430H
Selasa 8.59mlm
SRIBU Taman Arowana

Agenda:-
1. Ijtimak Pemuda P.Pinang (8 November 2009)
2. Mukhayyam Tarbawi (25 hingga 27 Disember 2009)
3. Lain-lain hal.
3. BORANG LAPORAN AKTIVITI & PERJALANAN USRAH.

Mesyuarat juga telah dimaklumkan bahawa setiap Pengerusi Lajnah Tarbiyah DPPK hendaklah melengkapkan borang-borang yang telah disediakan dalam Kit Jom Usrah terutamanya borang Laporan Usrah, Borang Laporan Aktiviti, serta Borang Kaji-selidik.

Sekian untuk makluman & tindakan Ahli Jawatankuasa JTLK.

b/p
Setiausaha
Jabatan Tarbiyah & Latihan Kepimpinan
DPPN P.Pinang.

Lagi Koleksi gambar Bagan Pinang

Ust Yusni sedang mengkaji sebab kekalahan PAS di Bagan Pinang sambil menikmati jamuan.
Bila dapat tau PAS tak menang, nasik pun makan tak lalu...

Bergambar kenangan sebelum pulang ke pangkal jalan.
(Dari kiri: Ust Afnan, Ust Shafirul, Ust Akmal, Ust Yusni, sahabat (tak sempat taaruf), Ust Mat Taliban & Hj Bahar)


Sedang dalam perjalanan pulang ke pangkal jalan...

Pemandu F1 yang belum tersenarai, elYusni en-Nikahe..

aik.. sampai kat pengundi dalam kubur pun pi kempen..???

Memang sah, rupanya 'depa' ni yang menangkan Isa Samad.


'Buraq' kami yang setia.


Pembantu setia kpd Hj Bahar, Pak Lah. Kalau ada PRK di Yugoslavia pun dia ikut..